cinta ku yang ditelan ambak,,, |
MANISNYA saat pertama kali mengenali
hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah
diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si
pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat
menjelaskan apa yang terungkai di hati.
Namun, semuanya
sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. “Mengapa
kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasai apa
yang aku rasakan ketika ini”. Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan
difikiran anda?
Namanya seringkali
menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu
tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah
berpisah bertahun-tahun lamanya.
Mungkinkah kamu belum
bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan
merasakan perubahan sikap kamu itu?
Kali ni saya berkongsi
tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang
paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan
apabila hati kamu masih tidak aman.
Anda bersedia
melupakannya bila…
Menghapus kenangan
bersama si dia
Setiap perkara yang
dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada
lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah
pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan
nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat
pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.
Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau
sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan
membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua
disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya
kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak
kena pada tempatnya.
Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia
sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan
cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah
lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara
yang sama.
Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka
membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali
membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas
kekasih.
Hal ini terjadi apabila
kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan
pelbagai macam alasan.
Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan
menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan.
Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi?
Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus
menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan
harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
Cara terbaik melupakan si
dia:
* Ingat hal-hal yang
buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita
cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk
melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali
mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan,
mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah
telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa
bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh
dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda
pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan
kehadiran si dia dari fikiran kamu.
* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan
bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi
dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta
dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Rasional dalam
berfikir, pasti ketemu jalan yang terbaik. Istikharah Cinta. Padanya memohon
gambaran fantasi petunjuk kepada realiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan