Jumaat, 2 Disember 2011


ANDAI ITU KESUDAHANYA,,,,

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada.

Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.
Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.

Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik.
Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya…saya…
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.
Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.
Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.
Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.
Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu : Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.
Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia.
dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas.
Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin
sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..
entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.
Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif : Assalamu’alaikum.
Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif : ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya…
Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya.
Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif : Alice…(terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…








Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


HILANG KASIH ,,,,,,TERLERAI CINTA



  KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH merawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran kecewa.


CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH. 

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara. 

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..? 


selama mana pun waktu,,,,KASIH  tetap menunggu CINTA walaupun pasti kehadiran kecewa pasti terjadi,,,,,


CINTA,,,,berat sunggguh cubaan ni,,,,,,,

Khamis, 1 Disember 2011



perigi bukan mencari timba,,,

Selalunya lelaki yang harus memulakan dahulu. Pihak lelaki yang merisik khabar, kemudian jika isyarat “lampu hijau” diberikan, maka menyusullah rombongan peminangan. Lelaki meminang wanita. Bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita pula yang merisik khabar, kemudian menghantar rombongan meminang? Wanita meminang lelaki. Ah, janggal. Tidak pernah dibuat orang. Begitulah sempitnya adat berbanding keluasan syariat. Justeru dalam sejarah Islam, pihak wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Siti Khadijah meminang Rasulullah. Sayidina Umar pernah “meminang” Sayidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah (tetapi Siti Habsah kemudiannya menjadi isteri Rasulullah SAW). Pada zaman kegemilangan Islam, kedua-dua cara dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada istilah perigi cari timba seperti yang diungkapkan oleh adat atau budaya masyarakat hari ini. Kebenaran kerap kali nampak janggal (untuk dimulakan) sebab ia bertentangan dengan budaya. Tetapi kita perlukan keberanian untuk melakukan anjakan paradigma, seterusnya perubahan sikap… biarpun terpaksa menanggung risiko dituduh tidak tahu malu!




Perlu diingat kekadang adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah diutamakan syariat kerana adat hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan manusia manakala syariat bersumberkan wahyu Ilahi. Adat relatif sifatnya – boleh berubah mengikut zaman dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat bersifat mutlak, tetap relevan dan signifikan sampai bila-bila.

Tidak dinafikan kekadang adat bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku, sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian yang mencemarkan kesuciannya. Adat “membatalkan air sembahyang”, kenduri walimah secara keterlaluan (hingga menyebabkan pembaziran dan sikap menunjuk-nunjuk), mas kahawin yang berjumlah beribu-ribu ringgit, adalah antara contoh bagaimana sesuatu yang mulanya berasalkan kehendak syariat telah bertukar menjadi kehendak nafsu. Sering berlaku, yang sunat dianggap seperti wajib. Manakala yang wajib pula dianggap remeh dan dipinggirkan.

Kepada ibu bapa pihak wanita, malah wanita itu sendiri, jangan takut untuk merubah budaya. Kita mesti berani melawan arus. Hubungan Allah s.w.t. dan sesama manusia saling berkaitan. Marilah kita jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t., untuk mendapat kekuatan menyelesaikan masalah manusia. Kita tidak boleh lagi terikat dengan cara-cara konvensional sahaja untuk menyelesaikan masalah ummah. Oleh itu, jika ada seorang lelaki yang anda percayai layak menjadi calon suami yang soleh, ambillah tindakan untuk mula merisik dan melamarnya. Jika diterima, alhamdulillah. Jika ditolak, tidak mengapa. Usah berasa malu kerana anda bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.

Sekalipun ditolak, pihak wanita atau wanita itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu usaha yang mulia malah mengikuti jejak langkah Sayidina Umar yang menawarkan puterinya untuk Sayidina Abu Bakar. Bukankah pinangan Umar juga ditolak dengan baik oleh Sayidina Abu Bakar? Namun kemudiannya Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah sendiri sudi memperisterikan Siti Habsah. Jadi bagaimana dengan anda? Tidak mustahil natijah yang sama mungkin anda alami… insya’ Allah s.w.t., Allah s.w.t. tidak akan mengecewakan para hamba yang komited mengikut syariatNya.

Usah berasa malu untuk menjadi “perigi” yang mencari “timba”. Malu yang sedemikian tidak kena pada tempat dan perkaranya. Sayang sekali, kekadang malu kita tidak merujuk kepada syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu mendedahkan aurat, bergaul bebas dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat… apakah anda harus berasa malu mengikut syariat dan menyusuri langkah-langkah para salafussoleh untuk mendapatkan jodoh terbaik untuk anda?

Bukan Sekadar Perigi Cari Timba

 Satu sketsa perbualan suami isteri...

“Kekadang bimbang juga memikirkan, bagaimana agaknya nak menentukan jodoh anak kita nanti?” Luah saya kepada isteri.

“lambat lagi bang, anak kita baru di tahun pertama… ikut kebiasaannya ada tiga atau empat tuhun lagi,” pintas isteri saya, mententeramkan.

“tapi soal jodoh ni tak tentu. Sering juga… tup, tup jadi! Macam kita dulu,” usik saya.

Kami bernikah sewaktu saya masih belajar – pada tahun kedua pengajian. Isteri saya tersenyum. Jelas “mesej” usikan saya mula menerjah hatinya.

“macam mana kalau kita mula amalkan prinsip “perigi cari timba”?” cadang saya.

“eh, malulah. Nanti orang kata anak kita tak laku,” jawabnya. Dia memang begitu. mesti ada kontranya. Tapi ini sudah dikira macam mesyuarat. – pasti ada “give and take”nya.

“balik-balik apa orang kata… mulai sekarang cuba kita buat anjakan paradigma – apa tuhan kata. Tuhan kita hanya satu, mudah kita nak patuh. Kalau manusia kan beribu… mana satu yang kita nak dengar dan ikut?” balas saya.

“tapi dalam masyarakat, kalau dapat jaga kedua-duanya sekali, kan baik?”

“masyarakat boleh berubah. Kita kena ubah persepsi mereka dengan apa yang ditentukan oleh Tuhan. Insya’ Allah s.w.t., lama-kelamaan tak ada konflik lagi antara prinsip agama dan budaya masyarakat.”

“dah mulalah tu… kita fikir kecil, dia dah mula melarat ke persoalan yang besar. Takut tak faham saya,” usiknya.

“macam nilah, perigi cari timba… memang suatu yang luar biasa. Biasanya timba yang cari perigi. Itu biasa. Tetapi sesuatu yang dah biasa tak semestinya sentiasa betul dan tidak boleh diubah. Dan sesuatu yang “luar biasa” bukan semestinya tak betul. Sekurang-kurangnya ia boleh dicuba,” jelas saya.

“maksud abang?”

“budaya hanya berasaskan sistem nilai yang selama ni diamalkan secara berterusan. Ia tidak selama-lamanya relevan…”

“apa yang lebih relevan?”

“syariat. Hukum daripada Tuhan. Ia sesuatu yang mutlak… relevan sampai bila-bila.”

“kaitannya dalam soal ini?”

Nampaknya isteri saya mula terpancing dalam “persoalan” besar ketika membincangkan soal kecil. Namun saya rasa itu perlu, kerana kita perlu kembali ke akar sesuatu persoalan bukan sekadar berlegar-legar di ranting dan dahannya sahaja.

“dalam soal meminang ini, Islam tidak menetapkan siapa yang harus memulakan dahulu… timba cari perigi ke atau perigi cari timba. Yang mana pun boleh asalkan prinsip peminangan itu menepati syariat.”

“maksudnya?”

“boleh sahaja perempuan meminang lelaki. Seperti Siti Khadijah meminang Nabi. Sayidina Umar juga pernah meminang Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Usman untuk dijodohkan dengan anaknya. Dan boleh juga lelaki meminang wanita seperti Abul Ash pernah melamar Zainab puteri Nabi Muhammad…”

“ertinya, kedua-dua cara okeylah. Perigi cari timba, atau timba cari perigi… sayang, selama ni kita cuma amalkan satu cara sahaja.”

“kenapa satu cara? Sebab malu dikatakan orang anak kita tak laku?” usik saya lagi.

“bukan malu tu sahaja… tetapi bagi anak perempuan juga ada rasa malunya. Malu nak buka mulut, apalagi nak mula langkah melamar lelaki… isy, saya pun malu.”

“malu tu sesuai dengan syariat tak? Kalau syariat membenarkan kenapa harus malu. Benar-benarkah malu kita tu memang patut malu, atau malu tak bertempat?”

“kenapa abang kata begitu?”

“sebab, banyak lagi perkara yang mesti malah wajib dimalukan tetapi wanita kita dah tak malu lagi. Sepatutnya wanita kita malu berpeleseran, malu mendedahkan aurat, malu bergaul bebas, malu melakukan aksi-aksi tidak bermoral di khalayak ramai… itu sepatutnya dimalukan. Bukan malu nak melamar lelaki.”

“tapi, macam mananya?”

“lamarlah secara terhomat. Melalui perantara. Menerusi situasi dan kondusi yang terpelihara. Eh, tak susahlah. Susah lagi nak mendedahkan aurat, bergaul bebas dan lakukan aksi tak bermoral tu… malukah Siti Khadijah ketika melamar Rasulullah?”

“betul kata abang, susahnya sebab luar biasa…”

“perkara yang biasa asalnya pun luar biasa juga. Kena dilakukan dengan niat membaiki keadaan. Yang timba cari perigi boleh diteruskan, yang perigi cari timba kena mulakan!”

“apa halangannya?”

“halangan ilmu. halangan budaya. halangan dalaman-syaitan dan nafsu.”

“jadi kita perlu sampaikan ilmu, kemudian berani merentas budayalah ya?”

“bemula dengan melawan syaitan dan nafsu. Syaitan ingin menyempitkan jalan kebaikan dengan meluaskan jalan kejahatan. Nafsu pula menghasut kepada yang buruk dengan menserabutkan yang baik.”

“tetapi tidak ke lelaki rasa hebat sangat, perempuan yang melamar dia? Macam low class sangat perempuan ni. Macam takut sangat jadi Andalusia…”

“tinggi atau rendah martabat diukur pada nilaian Tuhan, bukan rasa-rasa kita. Tidak hina mengikut syariatNya. Bila meminang lelaki itu diharuskan, maka itu pastinya tidak akan merendahkan martabat wanita. Dan kita kena yakin bahawa hinanya kaum wanita mahupun lelaki kerana melanggar syariat.”

“jadi nantinya lelakilah yang letakkan harga hantaran, belanja hangusnya?”

“itu tidak termasuk dalam prinsip Islam. Yang wajib hanya mas kahwin. Itu tetap dari lelaki untuk wanita. Yang wajib akad nikah… walimah, kenduri-kendara itu sunat sahaja. Jadi pandai-pandailah berunding bila lelaki dah terima lamaran wanita.”

“pelik ya bang…rasa macam aneh pulak.”

“sebab dah banyak amalan dalam budaya kita yang tidak tepat mengikut ukuran syariat. Yang wajib, dipandang remeh. Yang harus, macam wajib. Yang haram dianggap penting. Yang sunat, dilupakan. Kita kena ubah semua tu, walaupun kekadang dipandang serong pada awalnya.”

“susah, kalau orang tak faham…”

“sebab tu kita kena sampai-sampaikan. Sampaikan apa yang benar. Kemudian cuba jadi role-model kepada apa yang kita sampaikan tu. kan aneh, dulu kita kahwin tanpa bercinta?” ujar saya.

Dia senyum lagi.

“jadi apa yang abang bimbangkan lagi?”

“siapa agaknya yang akan kita lamar nanti…”

“itu tugas kita ke, anak perempuan kita?”

“itulah… takut kita ada calon, dia ada calon…”

“apa susahnya, kita berundinglah nanti.”

Seperti biasa, dia menenangkan.

“entah-entah masih timba cari perigi?” usik isteri saya.

“terpulanglah, kita tawakkal sahajalah. Yang penting, kita didik anak kita baik-baik. Mudah-mudahan dapat suami yang soleh… walau apa jua kaedah pertemuannya.”

Itulah persoalan terasnya. Siapa anak perempuan kita, solehkah dia? Siapa calon menantu kita, solehkah dia?

Soal “perigi cari timba”? itu soal kedua, soal kaedah sahaja…

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas r.a.:

Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah SAW

Dan berkata: “ya Rasulullah! Apakah baginda memerlukan daku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “dia lebih baik daripada mu nak! wanita itu senang kepada Nabi SAW dan menawarkan dirinya!”

(riwayat Bukhari)

Sepintas Lalu,

- dalam soal meminang, Islam tidak menetapkan siapa yang harus memulakan dulu asalkan prinsip peminangan itu menepati syariat.

- Kenapa harus malu jika syariat membenarkan. Malu biar bertempat.

- Lamar secara terhormat, melalui perantara, menerusi situasi dan kondisi yang terpelihara.
 

Sabtu, 26 November 2011


bibit cinta ku tasbihkan kepaadamu,,,,,,,
Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta



cinta di atas sejadah mu,,,

KOTA KUFAH terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawahawa sejuk. Sebagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun geliat hidup kotaKufah masih terasa.

Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanyamemandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hatidan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang memanggilnya “Zahid” atau “Si Ahli Zuhud”, karena kezuhudannya meskipun ia masih muda.
Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling mencintai masjid di kotaKufah pada masanya. Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah danmenuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusatpendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.
Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi.
Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab,tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyaladihadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langitterasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.
Tatkala sampai pada surat Asy Syams, ia menangis,“fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha.qad aflaha man zakkaaha.wa qad khaaba man dassaaha…”(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan,sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya…)
Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya. Ataukahgolongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yangmerugi?Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya berguncang. Akhirnya ia pengsan.

***

Sementara itu, di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu-lampuyang menyala dari kejauhan tampak berkerlap-kerlip bagai bintang gemintang. Rumah itu milikseorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan hewan ternak yang takterhitung jumlahnya.Dalam salah satu kamarnya, tampak seorang gadis jelita sedang menari-nari riang gembira.Wajahnya yang putih susu tampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lenterayang menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh memesona. Gadis itu terus menari sambilmendendangkan syair-syair cinta,“in kuntu ‘asyiqatul lail fa ka’simusyriqun bi dhau’wal hubb al wariq…”(jika aku pencinta malam makagelasku memancarkan cahayadan cinta yang mekar…)

***

Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga. Di ruangan tengah,kedua orangtuanya menyungging senyum mendengar syair yang didendangkan putrinya. Sangibu berkata, “Abu Afirah, putri kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah baik-baik syairsyairyang ia dendangkan.”“Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah. Kebetulan tadi siang di pasaraku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah untuk putranya, Yasir.”“Bagaimana, kau terima atau…?”“Ya jelas langsung aku terima. Dia ‘kan masih kerabat sendiri dan kita banyak berhutangbudi padanya. Dialah yang dulu menolong kita waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan.”“Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?”“Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling cocok untuk Afirah adalah Yasir.”“Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik.”“Ah, itu gampang. Nanti jika sudah beristri Afirah, dia pasti juga akan tobat! Yang pentingdia kaya raya.”

***

Pada saat yang sama, di sebuah tenda mewah, tak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemudatampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh darinya seorang penari melenggak lenggokantubuhnya diiringi suara gendang dan seruling.“Ayo bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!” bisik temannya.“Be…benarkah?”“Benar. Ayo cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau sia-siakan kesempatan ini,Yasir!”“Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku.”Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penarimengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya. Keduanya lalu menari-nari diiringiirama seruling dan gendang. Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakanmesra penari itu membisikkan sesuatu ketelinga Yasir,“Apakah Anda punya waktu malam ini bersamaku?”Yasir tersenyum dan menganggukan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suaragendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking. Aroma arak menyengat nurani.Hati dan pikiran jadi mati.

***

Keesokan harinya.Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia hendak menjenguksaudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan apel buat saudaranya yang sakit.Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahwa kebunitu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebunkurma itu. Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itusemakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayanganitu menjadi seorang sedang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara,“Toloong! Toloong!!”Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya. Ia menghentikanlangkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.“Toloong! Toloong!!”Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas bisamenangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.“Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak bisa dikendalikan!”Mendengar itu Zahid tegang.
Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu semakin dekatdan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membacashalawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkattangan kanannya dan berkata keras,“Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!”Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan berhenti seketika.Perempuan yang ada dipunggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahidmendekati perempuan itu dan menyapanya,“Assalamu’alaiki. Kau tidak apa-apa?”Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya yang bening menatapZahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan,“Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terkilir saatjatuh.”“Syukurlah kalau begitu.”Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyadari hal ituZahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan memesona,“Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan, dari mana dan mau kemana Tuan?”Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih memesona.Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya iamenatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradupandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tak kalahhebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona, Zahid tersadar, ia cepat-cepatmenundukkan kepalanya. “Innalillah. Astagfirullah,” gemuruh hatinya.“Namaku Zahid, aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang sakit.”“Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya cuma di dalammasjid?”“Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain.” kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalumelangkah.“Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana? Perbincangan kitabelum selesai!”“Aku mau melanjutkan perjalananku!”Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid.
Terang saja Zahid gelagapan.Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidup iabelum pernah menghadapi situasi seperti ini.“Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada disebelah selatan kebun ini. Jika kau mau silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senangdengan kehadiranmu. Dan sebagai ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini.”Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.“Tidak usah.”“Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan memberi jalan!”Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu minggir sambil menutup kembalimukanya dengan cadar. Zahid melangkahkan kedua kakinya melanjutkan perjalanan.

***

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah kembali diterangi sinarrembulan. Angin sejuk dari utara semilir mengalir.Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya basah. Pikirannya bingung.Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian tadi pagi di kebun kurma hatinya terasa gundah.Wajah bersih Zahid bagai tak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduhmenunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orang-orang tentang kesalehanseorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat hatinya tertawan. Tadi pagi iamenatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya. Tiba-tibaair matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan yang belumpernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata,“Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri syaraf. Juga terasa sejuk di dalamhati. Ya Rabbi, tak aku pungkiri aku jatuh hati pada hamba-Mu yang bernama Zahid. Dan inilahuntuk pertama kalinya aku terpesona pada seorang pemuda. Untuk pertama kalinya aku jatuhcinta. Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya.”Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan yang ia berikan padaZahid. Tiba-tiba ia tersenyum,“Ah sapu tanganku ada padanya. Ia pasti juga mencintaiku. Suatu hari ia akan datangkemari.”Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir dipelupuk matanya.***Sementara itu di dalam masjid Kufah tampak Zahid yang sedang menangis di sebelah kananmimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya dalam shalat. Ia tidak tahu harus berbuatapa. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun kurma tadi pagi ia tidak bisa mengendalikangelora hatinya. Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat dalam relungrelunghatinya. Aura itu selalu melintas dalam shalat, baca Al-Quran dan dalam apa saja yang iakerjakan. Ia telah mencoba berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah denganmelakukan shalat sekhusyu’-khusyu’-nya namun usaha itu sia-sia.“Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Mahatahu atas apa yang menimpadiriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tak mampumengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangatlemah berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku cawan kesejukanuntuk meletakkan embun-embun cinta yang menetes-netes dalam dinding hatiku ini. Ilahi,tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau ridhai. Aku serahkan hidup matikuuntuk-Mu.” Isak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segalakeindahan semesta.Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya padaAfirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebatdalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya ia pingsan.Menjelang subuh, ia terbangun. Ia tersentak kaget. Ia belom shalat tahajjud. Beberapa orangtampak tengah asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal.Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam shalatnya.“Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia. Ilahi, hamba lemahmaka berilah kekuatan!”Ia lalu bangkit, wudhu, dan shalat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa,“Ilahi, hamba mohon ridha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba dari murkamu danneraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hambaterlalu lemah untuk menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-Mu,cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin.”

***

Pagi hari, usai shalat dhuha Zahid berjalan ke arah pinggir kota. Tujuannya jelas yaitumelamar Afirah. Hatinya mantap untuk melamarnya. Di sana ia disambut dengan baik olehkedua orangtua Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenalketakwaannya di seantero penjuru kota. Afiah keluar sekejab untuk membawa minuman lalukembali ke dalam. Dari balik tirai ia mendengarkan dengan seksama pembicaraan Zahid denganayahnya. Zahid mengutarakan maksud kedatangannya, yaitu melamar Afirah.Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah menanti denganseksama jawaban ayahnya. Keheningan mencekam sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepalaia pasrah dengan jawaban yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawaban ayah Afirah,“Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar Abu Yasir untukputranya Yasir beberapa hari yang lalu, dan aku telah menerimanya.”Zahid hanya mampu menganggukan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik apa yangdidengarnya. Ia tidak bisa menyembunyikan irisan kepedihan hatinya. Ia mohon diri denganmata berkaca-kaca. Sementara Afirah, lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecahmendengarnya. Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pingsan saat itu juga.

***

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira. Keimanan dan ketakwaan Zahidternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirahmembuat nestapa jiwanya. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali iapingsan. Ketika keadaannya kritis seorang jamaah membawa dan merawatnya di rumahnya. Iasering mengigau. Dari bibirnya terucap kalimat tasbih, tahlil, istigfhar dan … Afirah.Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seantero kota Kufah. Angin punmeniupkan kabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta Afirah yang tak kalah besarnya membuatnyamenulis sebuah surat pendek,

Kepada Zahid,
Assalamu’alaikum

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta itulah yangmembuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau selalu menyebut dirikudalam mimpi dan sadarmu. Tak bisa kuingkari, aku pun mengalami hal yangsama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan kuingin kaulah pendamping hidupkuselama-lamanya.Zahid,Kalau kau mau. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengobati rasa haus kitaberdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa memadu cinta. Ataukau datanglah ke kamarku, akan aku tunjukkan jalan dan waktunya.

Wassalam

Afirah

===============================================================

Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang bisa dipercaya. Ia berpesan agarsurat itu langsung sampai ke tangan Zahid. Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Danmeminta jawaban Zahid saat itu juga.Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat. Iamenarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia menulis untukAfirah :

Kepada Afirah,
Salamullahi’alaiki,

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah sematamatakarena rasa cintaku padamu. Sakitku ini karena aku menginginkan sebuahcinta suci yang mendatangkan pahala dan diridhai Allah ‘Azza Wa Jalla’. Inilahyang kudamba. Dan aku ingin mendamba yang sama. Bukan sebuah cinta yangmenyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.Afirah,Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengobati kehausan jiwaini dengan secangkir air cinta dari surga. Bukan air timah dari neraka. Afirah,“Inni akhaafu in ‘ashaitu Rabbi adzaaba yaumin ‘adhim!” ( Sesungguhnya akutakut akan siksa hari yang besar jika aku durhaka pada Rabb-ku. Az Zumar : 13 )Afirah,Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang bisaaku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala.
Namun aku sangat yakin dengan firmannya :“Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan lakilakiyang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanitawanitayang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalahuntuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apayang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (yaitusurga).” 
 Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik maka akuakan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang menentukan.
Afirah,Bersama surat ini aku sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara danrindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam,
Zahid

===============================================================

Begitu membaca jawaban Zahid itu Afirah menangis. Ia menangis bukan karena kecewa tapi menangis karena menemukan sesuatu yang sangat berharga, yaitu hidayah. Pertemuan danpercintaannya dengan seorang pemuda saleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.
Sejak itu ia menanggalkan semua gaya hidupnya yang glamor. Ia berpaling dari dunia danmenghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat. Sorban putih pemberian Zahid ia jadikansajadah, tempat dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan danrahmat Allah SWT.
Siang ia puasa malam ia habiskan dengan bermunajat pada Tuhannya. Diatas sajadah putih ia menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah, yaitu cinta kepadaAllah SWT. Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar larut dalam samudera cinta kepada Allah SWT. Allah Maha Rahman dan Rahim.

Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk suratdari Afirah :

Kepada Zahid,
Assalamu’alaikum,Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hamba-Nya yangbertakwa.

Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan Yasir. Beliautelah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasululullah SAW.
Secepatnya.

Wassalam,
Afirah

===============================================================

Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah. Bunga-bunga cinta bermekarandalam hatinya. Tiada henti bibirnya mengucapkan hamdalah...